Wednesday, 22 May 2013

So Sad...=_(

Assalamualaikum w.b.t..


Kawan...plez jangan buat cam ni...


Aku....=_(

Sunday, 19 May 2013

Akan Tiba Waktu nya...

Assalamualaikum w.b.t...

Dunia sekadar pinjaman kepada kita...


Ingat lah..kematian juga adalah sahabat yang sentiasa bersama kita...
kemana saja kita pergi..berjalan...berlari...kematian tetap akan mengejarnya...
kita berlari sejauh mana sekali pun..tetap kematian yang akan mengejar kita...

~~~OK!!!MASA DAH TAMAT IRDIYATI BINTI ABU BAKAR...JOM JUMPA ALLAH SWT...ADA BANYAKKKKK HADIAH DAN HABUAN UNTUK AWAK IRDIYATI BINTI ABU BAKAR~~~

Masa tu nanti pintu taubat tertutup setutup nya untuk kita...
Kita nak minta ampun dari mak dan apak,sudah terlambat...
Kita nak minta ampun dekat saudara mara kita...sudah terlambat...
Kita nak minta maaf dekat semua makhluk ciptaan Nya...sudah terlambat...
Kita nak bayar hutang dengan semuanya..sudah terlambat...
Kita nak..kita nak...kita nak...kita nak...kita nak...semua kita nak buat tapi memang sudah terlambat...
Tak ada talian hayat ya IRDIYATI BINTI ABU BAKAR...

INGAT!!! INGAT!!! INGAT!!!








Cinta Hati Ku... =)

Assalamualaikum w.b.t..


Apak...Mak...ko sayang anik ngah berduwah...


Rasulullah SAW pernah bersabda : 

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu.. 
( tak kira masih hidup atau telah tiada )" 
nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu... 

Berdasarkan Hadith Nabi SAW : 

" Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK  selagi dia tidak
meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang
hidup mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa kepada
kedua ibu bapa (hidup atau mati)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. .....tadah tangan dan Bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 Kita dan mereka2 yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki
Oleh Allah SWT. 


Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... .. . Cuma jangan
lupa Doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita
Dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)
InsyaAllah
Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah ,
- rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM,
STPM, IJAZAH dsb nya.....tapi dengan hati yang tulus ikhlas dan doa
kita untuk ibu dan bapa kita.....Mari kita Cuba . Allahhuakhbar. .

Bila2 masa kita boleh angkat tangan dan berdoa untuk kedua orang tua kita, waktu bangun pagi, dipejabat, waktu makan siang, pagi, petang, siang atau malam, dimana saja, (tidak termasuk diwaktu solat lima waktu)


Caranya : 

'YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkan lah dosa2 kedua orang tua ku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkanlah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungi lah mereka, Amin ya Rabbal 'Alamin. ..."

 (Doa ini untuk orang tua kamu yang masih hidup)

Untuk yang sudah meninggal :
"YA ALLAH YA TUHANKU, ampuni lah segala dosa2 orang tuaku, tempatkanlah
bapaku / Ibuku ditempat orang2 yang beriman. 

Tuesday, 7 May 2013

~Rasa Rindu~



Rindu itu ialah CINTA YANG BERLEBIHAN, dan ada rindu yang disertai dengan menjaga diri dan ada juga yang diikuti dengan kerendahan hati. Rindu bukanlah sesuatu hal yang tercela dan keji, akan tetapi perlulah disertai dengan menjaga diri, kesucian dan kerendahan hati. seseorang yang ketika dia rindu, tetapi dia menjaga dirinya dengan tidak melakukan hal-hal yang haram menurut Islam, itu adalah dibolehkan. Dan seandainya rindu itu juga disembunyikan dari orang- orang, maka, pahalalah yang akan diperolehi. Menurut Ath-Thohawi di dalam kitab Haasyia'ah Marakil Falah dari Imam Suyuthi mengatakan bahawa dari GOLONGAN SYUHADA di akhirat adalah orang- orang yang MATI DALAM KERINDUAN dengan tetap menjaga kehormatan diri dan disembunyikan dari orang- orang mestipun rindu itu hadir dari perkara yang haram.

Seseorang yang merindui seseorang sehingga dia mati dandisembunyikan rasa itu dari orang lain, maka dia akan mendapat pahala syahid di akhirat kerana ianya menunjukkan bahawa dirinya memiliki sifat sabar. Dia memendam rasa rindu dan menyimpannya sendirian kerana dirinya menjaga kehormatan diri, mengikat hatinya,jiwanya,tubuh badannya dari dikuasai oleh rasa rindu.
~~~AKU ANAK MELANAU~~~



ADAT RESAM PERKAHWINAN MASYARAKAT MELANAU SARAWAK

Masyarakat Melanau merupakan salah satu daripada etnik pribumi Sarawak. Seperti masyarakat etnik Sarawak yang lain, masyarakat Melanau juga mempunyai adat resam perkahwinan yang unik dan tersendiri. Walau ramai yang menyatakan bahawa adat resam perkahwinan masyarakat Melanau hampir sama dengan adat perkahwinan masyarakat Melayu Sarawak namun hakikatnya adat resam masyarakat Melanau mempunyai kelainan walaupun ianya masih berasaskan kepada adat merisik, meminang dan majlis perkahwinan. Di dalam memperjelaskan konsep adat perkahwinan di dalam masyarakat Melanau, beberapa istiadat perkahwinan hendaklah dititik beratkan. Aspek status sosial amatlah penting memandangkan ini akan melambangkan pangkat kepada pasangan tersebut di dalam institusi sosial. Status sosial ini dapat diperjelaskan di dalam menentukan jenis barangan dan hantaran yang harus disediakan sewaktu pertunangan dan barangan hantaran yang dihantar bersama dengan mas kahwin. Status sosial ini digelar Sembilan pikul, tujuh pikul, tujuh bertirih dan lima bertirih. Adat resam pula akan mencakupi adat menuga, adat mebin dan pakan yang berkait rapat dengan status sosial tersebut.

Segalanya bermula dengan apabila si teruna sudah terpaut dengan si dara dan adalah perlu untuk si teruna menyampaikan hajat dihati kepada kedua orangtuanya. Apabila wakil pihak teruna berkunjung ke rumah keluarga si dara adat ini dipanggil ADAT MERISIK. Di dalam adat merisik ini, adalah perlu untuk kedua-dua keluarga memperjelaskan status sosial masing-masing. Sekiranya status sosial mereka adalah sama maka ianya dikenali dengan sama gara dan sekiranya status sosial mereka tidak sama maka ianya dikenali sida adat. Penentuan status sosial ini akan menentukan hantaran dan bentuk mas kahwin yang harus diberikan apabila kata sepakat telah diambil di dalam adat merisik ini nanti barulah akan diteruskan dengan ADAT BERTUNANG.

Mengikut kata sepakat di dalam adat merisik, maka satu hari yang baik akan dipilih untuk kedua-dua keluarga menjalankan ADAT BERTUNANG. Rombongan pihak teruna biasanya akan bertandang ke rumah keluarga si dara dengan membawa beberapa hantaran sebagai Tanda Tunang. Hantaran tersebut adalah sebentuk cincin emas, sebilah senjata, segantang padi, sebiji kelapa dan satu pikul barang tembaga. Sekiranya hantaran tersebut diterima oleh pihak keluarga si dara maka dengan rasminya si dara menjadi tunangan orang yang sah. Terdapat beberapa perkara yang harus diambilkira sewaktu pertunangan berlangsung iaitu sekiranya jodoh tidak kesampaian maksudnya pertunangan tidak dapat diteruskan atas hal-hal tertentu. Sekiranya pihak perempuan yang memutuskan pertunangan tersebut maka pihak perempuan hendaklah menghantar kembali kesemua tanda tunang tersebut kepada pihak lelaki dan sekiranya pihak lelaki yang memutuskan pertunangan tersebut maka kesemua tanda tunang tersebut dikira “hangus” iaitu ianya akan terus menjadi milik perempuan tersebut.

Kebiasaannya MAJLIS PERKAHWINAN yang mengikut adat di dalam masyarakat melanau akan diadakan secara besar-besaran iaitu mengikut kemampuan kedua-dua keluarga kecuali perkahwinan dikategorikan sebagai perkahwinan jenis “Peramas” iaitu berkahwin kerana ditangkap basah. Perkahwinan jenis ini lebih kepada perkahwinan bidan terjun dan majlisnya hanya ala kadar sahaja. Bagi perkahwinan yang mengikut adat, kebiasaannya tempoh penyediaan perkahwinan adalah beberapa hari sebelum tarikh majlis perkahwinan diadakan. Beberapa hari sebelum majlis perkahwinan diadakan, pihak lelaki dikehendaki menyerahkan hadiah mas kahwin iaitu “penyekab” dan “berian”. Kemudian disusuli dengan sehari sebelum majlis perkahwinan dengan hadiah lain seperti “adat menuga”, “adat mebin” dan “pakan”. Selesai penyerahan hadiah ini barulah disusuli dengan acara pernikahan. Acara pernikahan kebiasaannya adalah satu acara mengikut perkara wajib di dalam lunas-lunas agama. Selesai hal-hal yang wajib ini barulah majlis persandingan akan diadakan.

Kebiasaannya majlis persandingan akan diraikan di rumah kedua-dua belah pihak pengantin lelaki dan perempuan dengan dihadiri keluarga dan sahabat handai yang telah dijemput. Majlis Persandingan biasanya dimulai di rumah keluarga pengantin lelaki. Ini bermakna pengantin perempuan dan rombongannya akan bertandang ke rumah pengantin lelaki dahulu. Apabila pengantin perempuan tiba di rumah keluarga pengantin lelaki maka adalah perlu untuk keluarga pengantin lelaki menghadiahkan “adat pahe” kepada pengantin perempuan. Tanpa “adat pahe” ini, pengantin perempuan dan rombongannya adalah dilarang untuk memakan sebarang makanan di rumah pengantin lelaki itu. Sekiranya semua adat telah dijalani maka barulah persandingan akan dibenarkan kepada kedua-kedua mempelai untuk duduk di astana pelamin yang siap dibina bagi tontonan semua jemputan dan keluarga. Selesai sudah majlis di sebelah pengantin lelaki, kini tibalah pula untuk majlis persandingan di rumah keluarga pengantin perempuan. Rombongan pengantin lelaki akan bertandang ke rumah keluarga pengantin perempuan. Di majlis persandingan di sebelah pengantin perempuan ini akan diadakan “adat petudui’’ iaitu penyerahan pelbagai barangan antaranya sebentuk cincin emas dan seutas gelang perak oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan.

Pada sebelah petang ataupun malam, kebiasaannya akan diadakan upacara makan nasi temuan. Upacara makan nasi temuan adalah seisi suap-menyuap antara kedua-dua pengantin dengan disaksikan oleh keluarga terdekat. Mengikut ceritanya di dalam upacara makan nasi temuan ini para hadirin akan boleh mengenal siapakah yang akan mendominasi bahtera perkahwinan itu nanti berdasarkan siapakah yang paling cepat menyuapkan makanan ke dalam mulut. Andaikata yang paling cepat adalah pengantin lelaki maka pengantin lelakilah raja kepada rumahtangga tersebut tetapi andaikata pengantin perempuan yang paling cepat maka akan terdapatlah “Queen Control” di dalam bahtera perkahwinan itu nanti. Walau bagaimanapun ini hanyalah cerita orang-orang tua, kebenarannya hanya pasangan suami isteri itu yang mengetahuinya.

Pada hari ketujuh selepas majlis persandingan akan diadakan upacara membebaskan kedua-dua pengantin daripada segala pantang yang dikenakan. Pantang larang yang dikenakan itu adalah sepanjang tempoh seminggu itu kedua-dua pengantin adalah tidak dibenarkan untuk tidur di siang hari kerana sekiranya dilakukan akan membawa bala atau bencana di dalam perkahwinan mereka. Untuk itu upacara membuang pantang ini akan diadakan dengan upacara mandi pengantin di laut. Ianya adalah simbolik kepada membuang segala bala dan bencana itu ke laut.

Berbalik kepada penjelasan kepada status sosial di dalam masyarakat Melanau yang akan menentukan adat perkahwinan adalah seperti berikut:

Status Sosial: Bangsa Sembilan Pikul
Apabila hari perkahwinan akan dilangsungkan mas kahwin diberikan. Terdapat dua bahagian yang penting iaitu penyekab dan berian. Penyekab terdiri daripada sembilan amas emas, sebilah pedang, sehelai persarakap betabor (sapu tangan berebang emas dengan corak tertentu) dan sebuah tumo' (bekas diperbuat daripada kayu dalam bentuk tertentu). Berian pula terdiri daripada barang-barang tembaga kuning sebanyak sembilan pikul (133 paun x 9) atau harta lain yang senilai dengan harga barangan tersebut.

Keperluan-keperluan lain ialah Adat Menuga sebanyak satu pikul barangan tembaga kuning atau harta senilai sebagai syarat pengangkutan pengantin perempuan ke rumah lelaki pada hari perkahwinan. Adat Mebin adalah satu pikul barangan tembaga sebagai syarat untuk pengantin perempuan naik ke rumah pengantin lelaki apabila rombongan sudah sampai di rumah itu. Pakan pula hanya berupa duit mengikut kehendak pihak perempuan. Semua barangan hantaran akan disampaikan kepada pihak perempuan sehari sebelum tarikh perkahwinan.

Pada keesokkan paginya pengantin perempuan akan berangkat ke rumah pengantin lelaki. Pada masa yang sama rumah pengantin lelaki akan dihias dengan menarik dan kemudian pangkat pihak lelaki dipamerkan. Pada masa yang sama sembilan helai bendera akan dikibarkan, lima di hadapan rumah dan empat di sebelah jalan raya. Sebaik sahaja rombongan pengantin perempuan sampai, seorang wakil lelaki akan menghadiahkan sebuhuong pranakan siantan betabor (kain tenun berbenang emas dengan corak tertentu). Kemudian pengantin perempuan akan berdiri di atas batu asah yang disediakan sambil menyentuh kanan seni (tempayan). Wakil lelaki merenjis kedua-dua belah kakinya ke kiri. Setelah itu barulah wakil tersebut memberi hadiah kepada pengantin perempuan sebagai syarat Adat pahe'.

Terdapat tiga bentuk adat pahe' yang perlu disediakan oleh wakil pengantin lelaki iaitu pahe' Mukad yang merangkumi satu amas emas, sepasang gelang perak (batuong) dan sembilan biji manik (kehet). Pahe' Atap pula adalah terdiri daripada lima biji manik pasin. Pahe' Id adalah lima biji manik tebalan dan Pahe' Keman adalah lima biji manik pingeh yuong. Selepas itu upacara persandingan akan dilakukan di rumah pengantin lelaki.

Setelah beberapa lama pasangan pengantin akan pergi ke rumah pengantin perempuan untuk melangsungkan adat pedudui yang berkaitan dengan acara malam pertama sehingga hari ketiga. Antara barangan adat pedudui adalah seperti berikut:

• Satu amas emas
• Tujuh biji manik kehet
• Lima manik tilak
• Sepasang gelang perak
• Empat bilah lembing
• Dua belas belan
• Sehelai kain lugi
• Tiga ketul damar
• Bagou tulei (bekas damar yang diperbuat daripada tembaga)
• Bulang anyaman
• Sebilah lembing untuk mengikis damar
• Satu terusuong (seperti bentuk kon untuk ceduk air)

Barang-barang yang disediakan ini dimasukkan ke dalam bilik khas pengantin. Setelah itu pasangan pengantin akan masuk ke dalam bilik. Pengantin lelaki memberi cincin emas kepada pengantin perempuan. Kemudian pengantin lelaki memberi seutas gelang perak yang diikat dengan manik-manik dalam kain hitam kepada isterinya lagi. Mengikut tradisi masyarakat Melanau, pasangan pengantin yang baru berkahwin tidak dibolehkan keluar dari rumah selama sehari. Tempoh ini dinamakan sebagai adat pedudui yang mensyaratkan mereka tidak boleh mandi di sungai atau tidur pada waktu siang. Sungguhpun demikian pasangan tersebut bebas melawat rumah kedua-dua ibu bapa mereka.

Status Sosial: Bangsa Tujuh Pikul
Perkahwinan untuk golongan berpangkat bawah dari Sembilan Pikul hampir sama. Cuma yang membezakan adalah dari segi jumlah mas kahwin sahaja. Penyekab terdiri daripada tujuh amas emas, sebilah keris, sehelai persarakab, sapu tangan berbenang emas dan sebuah tumo'. Berian pula terdiri daripada barangan tembaga kuning sebanyak tujuh pikul atau pelbagai jenis barangan lain yang senilai.

Adat Menuga' adalah sebanyak sepikul barangan tembaga kuning atau wang tunai. Pakan yang diberi dalam bentuk wang tunai mengikut jumlah yang ditetapkan oleh pihak perempuan. Semasa pengantin perempuan menaiki rumah lelaki, dia diberi sebuhuong pranakan bercura' (kain tenun berbenang emas dengan corak khas). Pahe' makad juga akan dihadiahkan kepada pengantin perempuan dengan mengandungi satu amas emas, tujuh biji manik kehet dan sepikul juga diberi bersama manik-manik dan diikat dalam kain hitam. Dalam adat petudui katil akan disediakan empat bilah lembing. Kemudian tiga ketul damar disediakan bersama perkakas seperti bagou tulei, kila, sebilah mata lembing dan terusung. Minyak kelapa akan dimasukkan ke dalam tembikar kecil. Selain itu pengantin lelaki juga akan menghadiahkan isterinya dengan beberapa bentuk hadiah sebanyak satu amas emas, lima biji manik tilak, sepasang gelang perak dan bibe' kuali.

Status Sosial: Bangsa Tujuh Beritih
Bagi golongan Tujuh Beritih adat pemberian mas kahwin adalah seperti sebentuk cincin yang diletakkan dalam bekas anak selapak, segantang padi diletakkan di dalam segamut yang tidak bertutup dan sebiji kelapa yang diletakan di dalam bukor dan ditudung. Penyekab pula terdiri daripada lima amas emas, sebilah keris, sebuah sipir, pinggan tembaga bergigi di sisi dan sehelai kain perasa. Berian pula terdiri daripada barang-barang tembaga kuning sebanyak tiga pikul sembilan puluh kati atau harta yang lain senilai dengan tembaga tersebut. Adat Menuga pula adalah sebanyak sepikul barang tembaga kuning atau wang tunai yang sama nilai. Manakala pakan yang diberikan dalam bentuk wang tunai bergantung pada pihak perempuan. Semasa pengantin perempuan menaiki rumah pengantin lelaki, wakil pengantin lelaki akan diberi kain sebuhuong tanjing sarek. Pahe' mukad yang mengandungi satu amas emas, lima biji manik tilak yang diikat bersama bibe' kuali dan sepikul barang tembaga kuning (menuga).

Bagi adat petudui Tujuh Beritih, tiga ketul damar akan disediakan dengan bagou tulei, kila' (sebilah mata lembing) dan terusung. Barang-barang lain pula digunakan kecuali minyak kelapa yang diletakkan di dalam selepak sahaja. Adat lima beritih tidak wujud lagi di kalangan yang berkedudukan paling rendah. Ini disebabkan golongan seperti ini tidak wujud lagi dalam masyarakat Melanau.

Inilah paparan Borneo Oracle untuk memperjelaskan Adat Resam Perkahwinan Masyarakat Melanau di Sarawak. Sesungguhnya sumber kekayaan adat resam dan budaya di dalam masyarakat berbilang kaum di Sarawak adalah sesuatu yang unik dan harus kita pertahankan sampai bila-bila. Pihak Borneo Oracle mengalu-alukan sebarang nilai tambah informasi untuk paparan kali ini. Sayangilah adat kita agar ianya tidak ditelan dek zaman.

Tak Kenal Maka Tak Cinta...


Note: ak nikah nnt still akan ikut cara islam..bila dan ketika hnya Allah yang lebih mengetahui...=)..peace...vv